Assalamualaikum :)
Tiba-tiba rasa mcm nak tulis belog , alah maklum skrng kan cuti sekolah jdi ramai lah pasangan-2 ambil peluang nak kwin time-2 cuti ni. Hihi , jadi mia pun nak msuk lah jugak dlm topik pasal kahwin-2 ni .
Sebelum tu , ai nk ucpkan sekalung tahniah untuk kengkawan yang dh bertunang , yang dh kwin ada tu yang dh ada beby , kelas you jah dah jdi isteri orang. Ai umur 19 tahun ni tapi masih lagi pakai baju sekolah bawak beg galas pergi sekolah . Haha , but sokay , masing-masing punya bahagian kan ? apa pun tahniah , may Allah always bless you babe :)
Apa pun arini ai nak kongsi pendapat ai tentang kawin muda , so enjoy you reading. Ouh ya , kawan if you ada anak dan ai belum berkesempatan utk jmpa, pegang, ganyang dan cium dia . ai mntk yu tlg kiss kan dia untuk ai okay ? anak you consider anak buah ai lah jgn kedekut sgt . Eheheh
Kau tahu ku merinduimu ,
Ku tahu kau mencintaiku,
Oh kasih,
Bersabarlah sayang,
Saat indah kan menjelma jua.
Kita akan disatukan dgn ikatan pernikahan
Ambil feel nak tulis belog dengar lagu in team, kasih kekasih. Srsly, rasa nak berjurai air mata nak nak bila ai terbayang wajah bakal imam ai yg ai duk "crush" selama ni . Ai terbayang bakal qari ai tu duk merangkak rangkak nk menyebut nama ai sebab neves depan kadi. Jauhnya ai berangan yu, padahal trial stpm ai mnggu dpn je yu . Uhuk uhuk .
- Okay now masa untuk serius.
Semua orang cakap best kahwin muda ,
Tak payah nk rindu-2,
Hari-2 tengok muka,
Takde halangan nak buat apa pung.
Nak keluar g mana takdak org nak halang.
Okay mohon fikir jauh lagi .
Tahu tak apa kandungan yang tersirat dalam ijab dan kabul tu ? time kadi cakap "aku nikahkan dikau" iaitu yakni part yang ditunggu oleh semua gadis sunti munti ponti yang dah lama berkasih dan bersayang dengan abiy, dedi, papa, anje, ayang, ucuk, acam , acin n etc.
“Sudikah kamu tanggung segala dosa yang dia buat di dalam
batas pandanganmu dan kamu hanya memandang? Sanggupkah kamu ditarik ke
neraka atas segala apa yang terabai untuk perempuan yang engkau
peristerikan? Segala apa yang isteri kamu buat, semuanya atas
tanggungjawab kamu dan adakah kamu sanggup? Relakah kamu menjadi dayus
andai kata maksiat dari isteri kamu sedangkan kamu membisu? Dan
sanggupkah kamu menjaga amanah ini sehingga kamu kembali kepada ALLAH” - Dipetik dari sumber yg boleh dipercayai
Kalau baca ulang-ulang kali, mesti kau faham yang perkara psal kahwin ni bukan benda yang boleh dibuat main, yang kau boleh ambil senang, kira cincai mcm tawar menawar jual beli ikan kembung dekat paso tani .Sebelum nak kwin fikir masak-masak samaada betul-2 dah bersedia atau kau sndiri tak tahu apa yang kau buat tu betul atau salah.
Firstly, lepas di ijab kabul maka bermaksud bermulalah lah episod baru kau dan dia. Dik cinta sebelum kawin dan selepas kawin tak sama dik. Sebelum kwin mmg semua manis, sebab tak melibatkan tangungjawab. Even duit wayang pun kdg hengko guna duit yang mak hengko bagi suruh makan kat sekolah. Tapi lps kwin jgn harap laa nk bergantung dengan mak ayah lagi.Susah senang jatuh terseungkur kena ingat semua tu hanya hengko dan laki ko je dik. Jadi akak nak tanya kau koba ke tak pasal benda ni ? Kalau kau koba, kau sedia . Orait kamon kita pergi next level yg mencabar sikit.
Lepas kwin kena ikut mana suami pergi, dah sedia nak terima mak mentua ? ayah mentua ? ipar ? biras beras semua tu ? Hah, kena ingat dik sekali hang buat pasai, hang susah sampai ke mati. Yang paling payah bukan nak pikat hati suami je, tapi hati famili dia. Kadang cara famili kita tak sama dengan cara famili dia. Kadang kita buat asal boleh mak kita senyum sampai telinga, mak mertua belum tentu lagi. Lepas pikat hati depa , hang kenalah jaga smpai bila bila . Orang kata ambil berkat, redha org tua dia org tua kita maka Allah pun redha dan bahagialah kita .
Seterusnya, kena terima lebih kurang suami/isteri. Percayalah, part paling mencabar ialah time mula-2 nak bina hidup. Andai kau terima dia iklas apa adanya dia, maka redhalah kalau dia tak mampu sediakan esbok besar, mesin basuh 20 kg , periuk masak sndiri yg macam kau duk impi untuk ada masa tengah hangat bercinta dulu. Jgn mengeluh kalau tahun pertama raya korang cuma mampu naik teksi dan beraya dengan baju harganya tak lebih lima belas hengget. Jgn mengeluh sebab tuhan dah janji setiap mereka yang berkahwin Allah janji akan permudahkan rezeki dia, cuma kena usaha lebih sikit. Kalau dulu takdak bini kerja part time pun ckup utk hidup, dah kawin tak boleh bawak sifir tu lagi.
Lepas dua tiga bulan kawin , ada anak. Jgn mengeluh tu rezeki tuhan bagi. Kadang sblum kwin kita sedap duk bincang "Takpe bang, kita kawin nnti pat limer tahun ekonomi dah stabil kita plan lah nk ada baby at least dah ada lambogini satu pun dh okay standby kot nanti ayang nk beranak ke kan ". Jgn mengeluh kalau nanti nak bersalin, nak bayar bil hospital pun suami terpaksa kira syiling. Jangan takut perancangan Allah itu yang terbaik, setiap anak ada rezeki dan bahagian dia maka redha lah. Kadang kita rasa apa yang kita rancang tu lah paling bagus, paling hebat tapi kita tak sedar yang apa yang kita rancang tak semestinya menjadi sebab tuhan beri apa kita perlu, bukan apa kita mahu.
Pokoknya, selain daripada bersedia dari segi nak naikkan seri diri dengan pergi spa mandi lulur ke apa ke kena sediakan diri dulu untuk hadapi seberang kemungkinan yang kau tak ramal tak jangka yang akan jdi kelak. Its okay untuk susah susah dahulu, usaha tawakal dan doa kena padu baru boleh bersenang-senang kemudian.
Pokoknya, selain daripada bersedia dari segi nak naikkan seri diri dengan pergi spa mandi lulur ke apa ke kena sediakan diri dulu untuk hadapi seberang kemungkinan yang kau tak ramal tak jangka yang akan jdi kelak. Its okay untuk susah susah dahulu, usaha tawakal dan doa kena padu baru boleh bersenang-senang kemudian.
-sebenarnya panjang lagi , tapi aku mls sbb bkn hengko nak baca pun kalau dh pepanjang sangat. lagi panjang lagi banyak karut. haha
Akhir sekali , den nak berkongsi posan omak den . Mak mia ada pesan one day if dah kawin susah mcm mana pun dengan suami jangan beritahu mak apa lagi beritahu kawan baik ke, jiran ke kak odah ke kan , jagalah air muka suami tu sikit. Lepastu , dh kwin jgn nak memintak yang bebukan dekat suami kesian dia kalau dia tak mampu, kalau ada lebih duit mesti dia bagi lebih apa yg kita nak. Lagi kalau dh kwin slagi semua benda boleh buat sendiri , usaha sendiri maka dapatkan lah sndiri sebab suami bukan ATM , bkn lembu kerah kerja bagi kita duit. Mak den pun ada pesan kalau takat nak pi cek up doktor , fenin fenin loya loya sikit takyah ngengade suruh suami cuti kerja. Biar suami tunaikan tanggungjwb dia yang sewajibnya, kita jgn tokok tambah beban dan peningkan kepala dia. Mak den posan lagi, tanggungjawab kita bukan takat jaga makan pakai dia je , tapi lagi afdol bangun pagi masak untuk dia bia dia pi kerja perut kenyang , balik hati senang. Lps tu jgn tngal suami tk kisah apa pun, cth kot dia tk boleh cuti raya maka jgn gedik nak balik kg tanpa laki. Kalau balik jugak maka aku kena standby kena perembat dgn mak even laki aku izin aku balik beraya sebab mak cakap tempat isteri di sisi suaminya . Mak tk kisah kalau aku tibai nangis air mata darah sebab sedih dengar lagu "Ku pohon restu ayah bonda by mamat exist" asal aku tak jdi isteri yang menzalimi suaminya. Then benda paling penting , besar mana pung pangkat bila kerja nanti kena igt pangkat suami tak tertanding dengan pangkat hengko dekat opis tu.
Pokok pangkalnya banyak lah posan omak untuk den mcm den nak kwin besok . hahah . apa pun den raso nasihat dia sikit sebanyak boleh pakai , maka den kongsi . Lagi dia dh dikira ikon lah sebab berjaya jaga perkahwinan dengan ayah den dah jejak 21 tahun . hihi . Apa pun jgn lah takut nak kawin awal , sbb tak kisah awal ke lambat sama jer fasa-fasa yang hengko kena hadap. Cuma kena tanya diri samaada dah sedia atau tidak. Persediaan itu penting . Dan aku akan sentiasa doakan mereka yang berkasih sayang kerana Allah dipermudahkan segala urusan dan diizinkan naik jinjang pelamin cepat cepat.
Sincerely,
Miaa sayang.
No comments:
Post a Comment