Thursday, 20 November 2014

Hai Hater !

Assalamualaikum, salam sayang salam satu malaysia.
 
Sebelum tu siapa tak tahu maksud haters, aku cuba definasikan dengan cara yang lebih mudah, lebih ringkas dari teori hieararki MintzBerg . Biar kau faham , kau kenal dan kau tapis apa itu haters.

Menurut google, haters bukanlah sejenis menatang berkaki empat, sejenis kuih muih, buah buahan ataupun pencuci mulut ye akak akak abg abg. Fahamkan dengan mendalam maksud hater ni. Kreadit to abg google utuk pendifinisian yg ringkas padat tapi umphh .


 


 Oxford English Dictionary pun menterjermahkan haters sebagai satu entiti yang negatif. Em definisi tambahan dari aku haters ni merupakan sebuah puak puak yang tak punya life, busuk, sedikit hamis . Dan bagi aku konsep bau kentut yang boleh diterapkan ke atas pendifinisian ini supaya kau lbih jelas dan faham ye.

 Kenapa aku cakap mcm bau kentut ? sebab kau sendiri maklum. Kentut terbahagi kepada dua skop. Ada jenis berbunyi dan berbau dan paling teruk ada jenis tak ada bunyi tiba tiba menusuk hidung, Secara logiknya , dua dua ni akan menghasilkan bau yg kau sndiri tk senang duduk, rasa mual mual dan lebih teruk bakal menghantui kau sepanjang hari. Kadang kau tahu siapa yg melepas tapi kau alihkan muka, gosok hidung buat donno dan kdg kau tak tahu pun kerja siapa yang melepaskan angin tu. Kesimpulan utk definisi mereka ini merupankan golongan-2 kotor ,hamis dan busuk.





"Miaa, kau ada haters tak?"
     Dutt. listen, aku tak tahu samaada aku ada atau tak, ouh ya bukan sebab aku bagus sgt ke apa smpai jadi kesukaan ramai dan buat aku rasa aku tak ada haters. Tapi aku jenis tak pernah pusingkan kepala aku dengan kewujudan entiti halus ni.  Cuma aku nak kongsi sedikit pengalaman dan tips nak berhadapan jenis jenis entiti mcm ni supaya kau dapat control diri daripada kerasukan jiwa.




Pasal haters yang kau kena tahu bila semua benda kau buat salah, contoh paling mudah time kau up status, gambar mahupun shared apa apa dkt fb. Kau boleh nampak contohnya bila,


   Kau naik gambar kau diorang akan kata,
" Eleh bukan lawa sgt asyik asyik nak up gambar muka dia , 360 je tu. Aku lagi lawa "

   Kau naik gambar famili diorang akan kata,
" Em mcm bagus, konon nak tunjuk keluarga bahagia lettu. Mcm dia sorang je ada "

   Kau naik gambar BF
" Boyfriend je pun toksah beria, Bukan dia sorang je ada "

   Kau naik gambar tunang
" Baru tunang bukan dah kwin pun, kang putus malu muka " 

   Kau naik gambar suami
" Tak perlu nk show off sgt kot, kawin tak semestinya kekal smpai bila2 "

 Ps: Jadi kau nak apa hah monyet ? 



 
1) BERSANGKA BAIK

 Kdg pernah tak kau tak kenal pun atau mungkin kau tak rapat pun dengan magkuk hayun tu tapi kau dapat rasa dia tak suka kau. Contoh mudah, kau tangkap dari dia bercakap dengan kau, ayat sikit sikit nak makan dalam , gurau sikit sikit nak menghenyak kau . Aku tahu ler sebab aku pernah kena, tapi apa aku buat stay stupid and keep cool. Sebab apa? sebab mak pernah pesan biar belajar tak pandai tapi jangan tunjuk sangat kita ni tak berpelajaran. Kadang haters ni jugak terdiri daripada golongan mereka yang terpelajar dan bijak pandai tapi sayang, kepenyuan mereka melebihi IQ mereka. Jadi biarkan jea diorang dengan cara mcm tu, kita sama sama menyaksikan kebodohan mereka ye kakak kakak abg abg. kehkeh



2) LAYANKAN
 Layankan maksud aku bukan suruh kau fight balik dengan dia. Tak perlu lah kau nak pergi menuntut cukup haul utk tentang haters kau, tempah pedang ke menda ke tu sampah semua. Well think like a lady and act like a boss okay ? Haters ni dia jenis suku kaum yang suka ambil tahu pasal kau, Aku pernah perasan kadang ade beberapa jenis makluk dekat fb follow aku, bila aku add tak app. Dekat intagram follow aku bila aku follow back dia approve cek balik lepas tu dah private balik prof nya . Jadi apa maksudnya tu? Em dia igt dia boleh choki choki kan aku ke menda? Apa aku buat, aku layankan. Biar dia follow aku dan tahu perkembangan hidup aku dan aku tak perlu tahu pasal life dia, Kebaikan dekat sini , biar dia sorang sakit kepala dan aku sikit tak terjejas. See ni kita panggil startegi terpimpin. Lebih bagus public kan wall kau at least kau tak perlu susah nk app org .


3) JUST BE YOURSELF
Teruskan life kau mcm biasa, buat apa kau suka. Tak perlu balas balik apa dia buat. Even kdg semua benda kau buat nampak salah, abaikan je semua tu as long as kau tak menyusahkan org dan tak menyakitkan hati org dah lah. Dan tak perlu cuba jadi org lain untuk buat haters suka kau. Jadi diri sendiri sebab kdg org tak suka kita mngkin sebab dia tak kenal pun siapa kita cuma tafsir kita sekilas pandang je. So tak perlu pusing. 


Pesanan kasih sayang utk haters
    Awaaaa dengar sini apa kitaaaaa nak cakap . *pfttt

 Aku dengar kau bersuara, aku diam.
Aku nampak kau tak suka, aku biarkan.
Aku tahu kau mengeji, aku endahkan.

Semua sebab bagi aku kau hanya makluk yang kotor, hamis, hancing dan menjijikan. 
Teruskan sakitkan hati kau sendiri utk stalk aku. Percayalah, aku tak terjejas walau sikit pun

Salam sayang,
Miaa


- Pendifinisian haters lebih panjang dari penghuraian sebab i never give a damn to this type of people . Mmuahhhhhahaahahahhahahaahhaa.

Monday, 27 October 2014

Love letter

Assalamualaikum ,
Aku beri peringatan awal buat kalian yg membaca blog ni , anda mungkin akan mengalami cirit birit , mual mual dan muntah muntah atau lebih teruk mungkin akan mengakibatkan tekanan jiwa dan kemurungan . Maka , jgn baca andai kau adalah stalker ataupun hater. Maaf  sebarang pandangan , ulasan mahupun kritikan anda tak perlukan di sini . Terima kasih :)


Post kali ni khas ditulis dedikasi untuk sidia ,
Bukan sesiapa bagi kau , tapi segala galanya bagi aku . 
Terima kasih .





  Dear my future zauj,
  Muhammad naqiuddin zahid .


            Saat awal pertemuan kita dulu , aku bagaikan berjumpa dengan "saktah" hanya bisa terpana dengan menahan nafas sebentar menatap wajah itu . Dan kekadang aku juga sama seperti "mad'aridh" diamana setiap kali "mad betemu lin sukun aridh" akan berhenti. Aku dimata dikau mungkin bagaikan "nun mati" di antara " idham billalghunnah" terlihat tapi dianggap tidak kelihatan. Aku  sentiasa cuba untuk ungkapkan tujuan dan maksud perasaan aku seperti "idzhar" iaitu jelas dan terang agar engkau tahu dan mengerti setiap makna dengan lebih mendalam . Jika "mim mati" bertemu "ba" disebut "ikhfa syafawi" maka itu bermaksud ketika aku bertemu dengan dikau timbul suatu perasaan , perasaan yang timbul itu disebut cinta. Sejenak pandangan kita bertemu antara satu sama lain maka ia seperti "idgham mutamaatsilain" iaitu melebur menjadi satu . Aku hanya mampu katakan kasih aku buat dikau seperti "mad lazim" iaitu paling panjang di antara yang lain .  Dan setelah dua tahun kita bersama , cinta kita seperti "iqlab" ditandai dengan dua hati yang menyatu dan direstui dua keluarga . Kasih aku juga seperti "mad thobi'i" yang terdapat dalam al quran iaitu banyak sangat sangat . Kita umpama "idghom mutajanisain" iaitu perjumpaan 2 huruf yang sama makhrajnya tetapi berlainan sifatnya. Aku berharap agar kasih kita sperti "waqaf lazim" terhenti dan sempurna hingga ke akhir hayat. Seperti yang dikau tahu "hukum imalah" yang khusus hanya untuk "ro'" sahaja begitu juga aku hanya untuk dikau . Dan aku hanya mampu berharap agar aku akan menjadi seperti "mad aridlisukun" iaitu yang terakhir untuk dikau" amin .




       Sungguh 2 tahun yang penuh perubahan telah mengajar sesuatu yang berbeza dalam hidup untuk menghadapi tahun tahun seterusnya. Memahami seseorang lelaki yang sukar diramal tingkahnya tidak semudah teori Einstein dan bukan lah satu procedure ringkas seringkas mee maggi. Dari langkah bertatih saat menerima kehadiran dia sehingga lah saat meniup kata kata semangat ketika dia jatuh dan tersungkur iaitu shingga saat ini ia ibarat satu suratan. Satu suratan yang tertulis jauh di lubuk hati sang puteri untuk mengorbankan segala yang mampu demi mengukir sejambak bahagia dan seulas senyuman di bibir lelaki iaitu bakal zauj  yang akan memberi tiket ke syurga nanti . Bukan mudah untuk memahami dia lelaki yang bernama  Naqiuddin Zahid . Susah yang ada manisnya , lelah yang ada leganya . Walau dia seperti tiupan angin yang sukar diramal pergerakan , dia adalah teman yang sebaik baiknya apabila dia dia sentiasa sabar dan bertolak ansur bagi memastikan impian yang kami bina bersama sentiasa teguh berdiri , tidak terusik mahupun goyah walau dilanda  taufan haiyan . Buat bakal pemimpin istana impian , soleh itu ialah keseluruhan iman dan akhlak maka peluklah dam milikinya agar nanti istana yang dibina dapat ditadbir dengan baik . Dan aku akan setia menjadi permaisurinya , menjaga bakal putera dan puteri kita agar menjadi insan berguna untuk menyambung taktha kedua orang tuanya dan menjadi waris yang sentiasa mendoakan kita agar mendapat istana yang abadi di sana kelak . Dan akhir aku berharap dalam menghitung saat saat yng bakal mendatang  segala kesulitan dipermudahkan , kekeliruan dileraikan , diberi kesabaran utk terus bertahan dan kekuatan utk terus berjuang. Aku berharap agar engkau takkan patah dalam berjuang untuk segera menghalalkan aku untuk dirimu . Dan begitu juga ingatlah bahawa aku adalah insan yang sedang mendoakan mu supaya setiap langkah yang kau atur dipermudahkan agar engkau segara jadi yang halal untuk diriku . Moga kasih , sayang dan cinta ini sampai syurga hendaknya .


Sekian ,
Moga engkau
Melihat aku dengan mata,
Mendengar aku dengan telinga ,
Memahami aku dengan jiwa ,
Agar kau dapat  menyayangi aku dengan  sempurna .



Thursday, 9 October 2014

Kau aku .

Assalamualaikum :)

Dan aku disini ingin mencoret sebuah kenangan , kenangan yang terindah dan takkan mungkin dapat aku zahirkan dalam apa jua jenis bentuk . Aku mohon wahai pembenci setia , pergi . Aku janji kau akan mual , cirit birit, pening kepala dan murung berpanjangan kalau terus nekad utk baca dan scroll down page ni .

Dan aku disini , hanya ingin menzahirkan apa yang aku rasa .
Sesuatu yang aku tak mampu ungkap .
Khas buat kau , empunya hati .

Dua yang lalu ,
Tanpa sengaja aku mengenalimu . Awalnya , aku tak pernah sangka kau akan jadi salah satu watak dalam kembara kisah ini . Seperti mereka , kau dan aku kita bermula sebagai teman . Teman yang saling menjaga satu sama lain . Sungguh , sehingga kini kini aku masih tak punya jawapan buatmu tentang kenapa , bagaimana dan mengapa aku menyayangimu . Insan yang tak pernah aku kenal, tak pernah aku temui dan insan yang hanya aku hanya kenal pada nama . Apa yang aku tahu , kau lelaki yang sangat menyenangkan dan menenangkan . Dan demi tuhan , aku tk pernah memilih untuk menyayangimu mungkin ini takdir yang tertulis aku , menyayangi lelaki yang aku tak pernah kenal siapa dan apa pun dia .


    Dan , persahabatan kita yang kian erat buat aku salah mengerti . Aku fikir kau rasa perasaan yang sama seperti apa yang aku rasa. Aku biar diri terus dibuai perasaan itu , dengan harapan kau juga dibuai dengan rasa yang sama . Tapi , aku silap rupanya aku salah mengerti . Kau pergi tanpa alasan , pergi ketika aku benar benar ingin kau ada disini .Awalnya , takdir aku persalahkan . Aku persoalankan kenapa kita dipertemukan , lahir perasaan ini dan dalam masa yang singkat kau pergi . Selepas kau pergi , aku sedar aku kehilangan sesuatu yng aku gelar "kehidupan" . Ketika kau datang , kau beri aku satu "kehidupan" dan ketika kau pergi aku mula sedar kau membawa pergi bersama "hidup" ini. Dan aku mula sedar , kau bukan yang pertama tetapi kau lelaki yang pertama buat hidup aku terkesan .


  Walau aku mati berulang kali , aku masih menanti . Walau aku sedar aku sendiri tak pasti tentang akhir penantian ini . Aku buntu setiap kali memikirkan khilaf yang aku lakukan . Pergimu terus menjadi tanda tanya , namun setia ini masih teguh disini dan terus menanti . Aku kumpul rindu dalam setiap himpun doa-doa ku dengan harapan agar tuhan degupkan hatimu supaya kau tahu aku sedang rindu , aku hapus airmata dan ketawa di siang hari dengan harapan moga tiada siapa sedar aku sedang mati perlahan lahan . Dan demi tuhan aku tak kuat , tapi kerana tuhan aku harus kuat . Aku bangkit , aku iklaskan segala galanya walau hakikatnya aku masih belum mampu berhenti menyayangimu . Aku berani hapus rasa sakit dan benci namun aku tak mampu hapus rasa sayang ini . Dan semakin hari kian mekar walau hakikatnya kau tiada lagi disini . Jendela hati aku tutup rapat dan moga hidup ini terus berjalan dibawa arus masa tanpa perlu ada dia , penggantimu.


9 September , kau kembali .
    Kau mulakan perbualan . Dan aku jadi kaku . Cerita lama yg aku cuba hapus kau bangkitkan kembali . Sungguh kau kuat , kau tinggalkan aku ketika kau sedang bermati matian bina hidup yang kau perjuangkan selama ini , kau pergi demi membiar aku memilih apa yang terbaik untuk aku tanpa perlu bawa aku dan karam bersama .  Kini kau kembali , setelah badai yang kau takutkan berakhir . Biar lah badai yang berlalu hanya kita yang tahu . Mungkin tuhan dengar doa doa aku walau aku masih lalai dalam menginggatinya . Tuhan beri aku peluang sekali lagi untuk hidup bersama dia . Kita mula sekali lagi , mula belajar menghargai , memahami dan menyayangi . Kau dan aku berjanji , Februari akan datang , kita pasti akan bertemu .


 8 & 9 Oktober
 Sungguh , apa kita hanya mampu merancang . Dengan izin tuhan , semalam kita dipertemukan buat kali pertama . "Andai dia kau tak selesa dengan dia , dan dia rasa perkara yang sama . Kau kena bersedia dengan apa pun kemungkinan miaa - NIN " dan ini perkara yg paling aku takut , apa mungkin aku akan "mati" untuk kali kedua ? dan sungguh kenyataan itu menakutkan dan menyakitkan . Aku beranikan diri untuk jumpa , bkn kerana aku berani tetapi kerana aku terlalu takut . "Dan ketika kau takutkan sesuatu perkara , perkara tersebut yang pertama kau perlu hadapinya" .



    Janji temu pertama yang agak janggal . Aku lewat , aku alihkan pandangan ke tempat lain setiap kali dia cuba bina perbualan untuk memecahkan tembok sepi yang aku bina . Dia sabar , dia terus senyum terus ketawa dan aku sedar dia sedang saksikan betapa berserabutnya aku . Tapi aku tak peduli , dia perlu kenal siapa aku dan bagaimana aku.  Aku rasa aku perlu jadi diri aku dan aku biar dia terus saksikan betapa teruknya aku. Setiap kali aku cuba bina zon selesa , dia buat aku hilang dengan senyumman dia . Aku lagi tak keruan bila dia luahkan perasaan dia . Seolah-olah aku rasa itu bukan dia . Dia yang aku kenal , lelaki yg sukar luahkan apa dia rasa ,  buffering all time dan tak pernah semanis lelaki lain . Tapi itulah dia lelaki yang aku inginkan .



      Janji 7 tahun lagi , aku tak pasti samaada aku akan terus dan masih ada disini . Tapi aku janji aku akan setia , kepercayaan ini takkan terkhianat .  Andai takdir kau dan aku , 7 tahun lagi pasti bukan lagi mimpi . Tapi andai kau bkn utk aku , aku pasrah . Moga tuhan menulis dia yang terbaik buatmu . Aku mungkin tak mampu membahgiakan kau selalu , tapi aku janji aku akan ada disaat kau perlukan aku . Mungkin aku tak mampu jadi seperti kau mahu , tapi aku janji aku akan jadi insan yang kau akan ingat sampai bila-2 . Aku tak janji kau takkan terluka , tapi aku akan pastikan aku penyembuh segala luka .Aku hanya mampu berharap moga tuhan mampu jagakan kau untuk aku disana . Mungkin kau bkn yg pertama , tapi kau pengalaman terbaik yang aku pernah ada . Terima kasih sebab menghidupkan aku . Moga suatu hari nanti andai aku bukan untuk kau lagi, aku harap kau akan terus ingat tentang cinta yang takkan pernah hilang, kasih yang tak pernah putus , sayang yang tak pernah habis. Terima kasih beri aku peluang sekali lagi untuk berlabuh lagi dalam hidupmu , terima kasih untuk janji temu yang indah ini . Semoga esok dan seterusnya aku masih menjadi insan yang kau perlukan .



Salam sayang,
Miaa




Friday, 12 September 2014

Nak kahwin

Assalamualaikum :) 

Tiba-tiba rasa mcm nak tulis belog , alah maklum skrng kan cuti sekolah jdi ramai lah pasangan-2 ambil peluang nak kwin time-2 cuti ni. Hihi , jadi mia pun nak msuk lah jugak dlm topik pasal kahwin-2 ni . 

           Sebelum tu , ai nk ucpkan sekalung tahniah untuk kengkawan yang dh bertunang , yang dh kwin ada tu yang dh ada beby , kelas you jah dah jdi isteri orang.  Ai umur 19 tahun ni tapi masih lagi pakai baju sekolah bawak beg galas pergi sekolah . Haha , but sokay , masing-masing punya bahagian kan ? apa pun tahniah , may Allah always bless you babe :)

            Apa pun arini ai nak kongsi pendapat ai tentang kawin muda , so enjoy you reading. Ouh ya , kawan if you ada anak dan ai belum berkesempatan utk jmpa, pegang, ganyang dan cium dia . ai mntk yu tlg kiss kan dia untuk ai okay ? anak you consider anak buah ai lah jgn kedekut sgt . Eheheh



 Kau tahu ku merinduimu ,
 Ku tahu kau mencintaiku,
 Oh kasih,
 Bersabarlah sayang,
 Saat indah kan menjelma jua.
 Kita akan disatukan dgn ikatan pernikahan 



            Ambil feel nak tulis belog dengar lagu in team, kasih kekasih. Srsly, rasa nak berjurai air mata nak nak bila ai terbayang wajah bakal imam ai yg ai duk "crush" selama ni . Ai terbayang bakal qari ai tu duk merangkak rangkak nk menyebut nama ai sebab neves depan kadi. Jauhnya ai berangan yu, padahal trial stpm ai mnggu dpn je yu . Uhuk uhuk .

 - Okay now masa untuk serius.

Semua orang cakap best kahwin muda ,
Tak payah nk rindu-2,
Hari-2 tengok muka,
Takde halangan nak buat apa pung.
Nak keluar g mana takdak org nak halang.

Okay mohon fikir jauh lagi  .
   
           Tahu tak apa kandungan yang tersirat dalam ijab dan kabul tu ? time kadi cakap "aku nikahkan dikau" iaitu yakni part yang ditunggu oleh semua gadis sunti munti ponti yang dah lama berkasih dan bersayang dengan abiy, dedi, papa, anje, ayang, ucuk, acam , acin n etc.

 “Sudikah kamu tanggung segala dosa yang dia buat di dalam batas pandanganmu dan kamu hanya memandang? Sanggupkah kamu ditarik ke neraka atas segala apa yang terabai untuk perempuan yang engkau peristerikan? Segala apa yang isteri kamu buat, semuanya atas tanggungjawab kamu dan adakah kamu sanggup? Relakah kamu menjadi dayus andai kata maksiat dari isteri kamu sedangkan kamu membisu? Dan sanggupkah kamu menjaga amanah ini sehingga kamu kembali kepada ALLAH” - Dipetik dari sumber yg boleh dipercayai

          Kalau baca ulang-ulang kali, mesti kau faham yang perkara psal kahwin ni bukan benda yang boleh dibuat main, yang kau boleh ambil senang, kira cincai mcm tawar menawar jual beli ikan kembung dekat paso tani .Sebelum nak kwin fikir masak-masak samaada betul-2 dah bersedia atau kau sndiri tak tahu apa yang kau buat tu betul atau salah. 

         Firstly, lepas di ijab kabul maka bermaksud bermulalah lah episod baru kau dan dia. Dik cinta sebelum kawin dan selepas kawin tak sama dik. Sebelum kwin mmg semua manis, sebab tak melibatkan tangungjawab. Even duit wayang pun kdg hengko guna duit yang mak hengko bagi suruh makan kat sekolah. Tapi lps kwin jgn harap laa nk bergantung dengan mak ayah lagi.Susah senang jatuh terseungkur kena ingat semua tu hanya hengko dan laki ko je dik. Jadi akak nak tanya kau koba ke tak pasal benda ni ? Kalau kau koba, kau sedia . Orait kamon kita pergi next level yg mencabar sikit.

         Lepas kwin kena ikut mana suami pergi, dah sedia nak terima mak mentua ? ayah mentua ? ipar ? biras beras semua tu ?  Hah, kena ingat dik sekali hang buat pasai, hang susah sampai ke mati. Yang paling payah bukan nak pikat hati suami je, tapi hati famili dia. Kadang cara famili kita tak sama dengan cara famili dia. Kadang kita buat asal boleh mak kita senyum sampai telinga, mak mertua belum tentu lagi. Lepas pikat hati depa , hang kenalah jaga smpai bila bila . Orang kata ambil berkat, redha org tua dia org tua kita maka Allah pun redha dan bahagialah kita .

        Seterusnya, kena terima lebih kurang suami/isteri. Percayalah, part paling mencabar ialah time mula-2 nak bina hidup. Andai kau terima dia iklas apa adanya dia, maka redhalah kalau dia tak mampu sediakan esbok besar, mesin basuh 20 kg , periuk masak sndiri yg macam kau duk impi untuk ada masa tengah hangat bercinta dulu. Jgn mengeluh kalau tahun pertama raya korang cuma mampu naik teksi dan beraya dengan baju harganya tak lebih lima belas hengget. Jgn mengeluh sebab tuhan dah janji setiap mereka yang berkahwin Allah janji akan permudahkan rezeki dia, cuma kena usaha lebih sikit. Kalau dulu takdak bini kerja part time pun ckup utk hidup, dah kawin tak boleh bawak sifir tu lagi. 

          Lepas dua tiga bulan kawin , ada anak. Jgn mengeluh tu rezeki tuhan bagi. Kadang sblum kwin kita sedap duk bincang "Takpe bang, kita kawin nnti pat limer tahun ekonomi dah stabil kita plan lah nk ada baby at least dah ada lambogini satu pun dh okay standby kot nanti ayang nk beranak ke kan ". Jgn mengeluh kalau nanti nak bersalin, nak bayar bil hospital pun suami terpaksa kira syiling. Jangan takut perancangan Allah itu yang terbaik, setiap anak ada rezeki dan bahagian dia maka redha lah. Kadang kita rasa apa yang kita rancang tu lah paling bagus, paling hebat tapi kita tak sedar yang apa yang kita rancang tak semestinya menjadi sebab tuhan beri apa kita perlu, bukan apa kita mahu.

            Pokoknya, selain daripada bersedia dari segi nak naikkan seri diri dengan pergi spa mandi lulur ke apa ke kena sediakan diri dulu untuk hadapi seberang kemungkinan yang kau tak ramal tak jangka yang akan jdi kelak. Its okay untuk susah susah dahulu, usaha tawakal dan doa kena padu baru boleh bersenang-senang kemudian.

 -sebenarnya panjang lagi , tapi aku mls sbb bkn hengko nak baca pun kalau dh pepanjang sangat. lagi panjang lagi banyak karut. haha

          Akhir sekali , den nak berkongsi posan omak den . Mak mia ada pesan one day if dah kawin susah mcm mana pun dengan suami jangan beritahu mak apa lagi beritahu kawan baik ke, jiran ke kak odah ke kan , jagalah air muka suami tu sikit. Lepastu , dh kwin jgn nak memintak yang bebukan dekat suami kesian dia kalau dia tak mampu, kalau ada lebih duit mesti dia bagi lebih apa yg kita nak. Lagi kalau dh kwin slagi semua benda boleh buat sendiri , usaha sendiri maka dapatkan lah sndiri sebab suami bukan ATM , bkn lembu kerah kerja bagi kita duit. Mak den pun ada pesan kalau takat nak pi cek up doktor , fenin fenin loya loya sikit takyah ngengade suruh suami cuti kerja. Biar suami tunaikan tanggungjwb dia yang sewajibnya, kita jgn tokok tambah beban dan peningkan kepala dia. Mak den posan lagi, tanggungjawab kita bukan takat jaga makan pakai dia je , tapi lagi afdol bangun pagi masak untuk dia bia dia pi kerja perut kenyang , balik hati senang. Lps tu jgn tngal suami tk kisah apa pun, cth kot dia tk boleh cuti raya maka jgn gedik nak balik kg tanpa laki. Kalau balik jugak maka aku kena standby kena perembat dgn mak even laki aku izin aku balik beraya sebab mak cakap tempat isteri di sisi suaminya . Mak tk kisah kalau aku tibai nangis air mata darah sebab sedih dengar lagu "Ku pohon restu ayah bonda by mamat exist"  asal aku tak jdi isteri yang menzalimi suaminya. Then benda paling penting , besar mana pung pangkat bila kerja nanti kena igt pangkat suami tak tertanding dengan pangkat hengko dekat opis tu.


       Pokok pangkalnya banyak lah posan omak untuk den mcm den nak kwin besok . hahah . apa pun den raso nasihat dia sikit sebanyak boleh pakai , maka den kongsi . Lagi dia dh dikira ikon lah sebab berjaya jaga perkahwinan dengan ayah den dah jejak 21 tahun . hihi . Apa pun jgn lah takut nak kawin awal , sbb tak kisah awal ke lambat sama jer fasa-fasa yang hengko kena hadap. Cuma kena tanya diri samaada dah sedia atau tidak. Persediaan itu penting . Dan aku akan sentiasa doakan mereka yang berkasih sayang kerana Allah dipermudahkan segala urusan dan diizinkan  naik jinjang pelamin cepat cepat.


Sincerely,
Miaa sayang. 



Tuesday, 2 September 2014

Bila hilang


Assalamualaikum .


Bila hilang ,
Bila hilang kau akan mengerti apa itu rindu ,
Bila hilang kau akan mengerti apa itu menghargai .

Dan bila hilang ,
kau akan berharap untuk undurkn masa ,
baiki apa yg kurang apa yg silap apa yg salah ,
tapi itu semua “andai”
hakikatnya kau tak mampu .

Sakit bukan bila kau tk bhagia dgn insan baru ,
Tapi sakit bila kau sedar dia yg dulu lebih membahagiakan .

“Yang patah kan tumbuh , yg hilang kan berganti”
Tipu .
Kau mngkin mampu temui pengganti yang baru ,
Tapi takkan sama sperti yg dulu .

Hargai apa kau ada sekarang ,
Mungkin nanti kau takkn jmpa seteruk apa yg kau ada sekarang ,
Atau mngkin lebih teruk kau takkan jmpa sebaik apa yg kau ada sekarang .

Salam sayang,
Miaa .



p/s : Kerja last minit . Doakan presentation mia besok berjalan lncar !


Monday, 1 September 2014

Underdog blogger .




Assalamualaikum , hai , hello :)

Tergerak hati nak start berbeloging balik . blog dulu 100% dah delete . maigod , blog zaman kanak-kanak biasa lah asyik tulis psl diri , bf , kawan semua psl diri sndiri .

Harapan utk blog baru ni , nak menulis something yang ada pengisian yang bermanfaat dan mngkin boleh dikongsi bersama

-- selingan cerita pasal diri dan pengalaman

-- nak curah idea dan pandangan

Maaf lah , mia tak perlu pengikut yg banyak takat nak baca dan hentam . ohh tak payah lah sesusah nk follow .

Apa mia perlu , manusia yg baca , fikir dan ulas apa yg patut .

Takat ni dulu .

Salam Rindu,
Miaa Rashid