Monday, 27 October 2014

Love letter

Assalamualaikum ,
Aku beri peringatan awal buat kalian yg membaca blog ni , anda mungkin akan mengalami cirit birit , mual mual dan muntah muntah atau lebih teruk mungkin akan mengakibatkan tekanan jiwa dan kemurungan . Maka , jgn baca andai kau adalah stalker ataupun hater. Maaf  sebarang pandangan , ulasan mahupun kritikan anda tak perlukan di sini . Terima kasih :)


Post kali ni khas ditulis dedikasi untuk sidia ,
Bukan sesiapa bagi kau , tapi segala galanya bagi aku . 
Terima kasih .





  Dear my future zauj,
  Muhammad naqiuddin zahid .


            Saat awal pertemuan kita dulu , aku bagaikan berjumpa dengan "saktah" hanya bisa terpana dengan menahan nafas sebentar menatap wajah itu . Dan kekadang aku juga sama seperti "mad'aridh" diamana setiap kali "mad betemu lin sukun aridh" akan berhenti. Aku dimata dikau mungkin bagaikan "nun mati" di antara " idham billalghunnah" terlihat tapi dianggap tidak kelihatan. Aku  sentiasa cuba untuk ungkapkan tujuan dan maksud perasaan aku seperti "idzhar" iaitu jelas dan terang agar engkau tahu dan mengerti setiap makna dengan lebih mendalam . Jika "mim mati" bertemu "ba" disebut "ikhfa syafawi" maka itu bermaksud ketika aku bertemu dengan dikau timbul suatu perasaan , perasaan yang timbul itu disebut cinta. Sejenak pandangan kita bertemu antara satu sama lain maka ia seperti "idgham mutamaatsilain" iaitu melebur menjadi satu . Aku hanya mampu katakan kasih aku buat dikau seperti "mad lazim" iaitu paling panjang di antara yang lain .  Dan setelah dua tahun kita bersama , cinta kita seperti "iqlab" ditandai dengan dua hati yang menyatu dan direstui dua keluarga . Kasih aku juga seperti "mad thobi'i" yang terdapat dalam al quran iaitu banyak sangat sangat . Kita umpama "idghom mutajanisain" iaitu perjumpaan 2 huruf yang sama makhrajnya tetapi berlainan sifatnya. Aku berharap agar kasih kita sperti "waqaf lazim" terhenti dan sempurna hingga ke akhir hayat. Seperti yang dikau tahu "hukum imalah" yang khusus hanya untuk "ro'" sahaja begitu juga aku hanya untuk dikau . Dan aku hanya mampu berharap agar aku akan menjadi seperti "mad aridlisukun" iaitu yang terakhir untuk dikau" amin .




       Sungguh 2 tahun yang penuh perubahan telah mengajar sesuatu yang berbeza dalam hidup untuk menghadapi tahun tahun seterusnya. Memahami seseorang lelaki yang sukar diramal tingkahnya tidak semudah teori Einstein dan bukan lah satu procedure ringkas seringkas mee maggi. Dari langkah bertatih saat menerima kehadiran dia sehingga lah saat meniup kata kata semangat ketika dia jatuh dan tersungkur iaitu shingga saat ini ia ibarat satu suratan. Satu suratan yang tertulis jauh di lubuk hati sang puteri untuk mengorbankan segala yang mampu demi mengukir sejambak bahagia dan seulas senyuman di bibir lelaki iaitu bakal zauj  yang akan memberi tiket ke syurga nanti . Bukan mudah untuk memahami dia lelaki yang bernama  Naqiuddin Zahid . Susah yang ada manisnya , lelah yang ada leganya . Walau dia seperti tiupan angin yang sukar diramal pergerakan , dia adalah teman yang sebaik baiknya apabila dia dia sentiasa sabar dan bertolak ansur bagi memastikan impian yang kami bina bersama sentiasa teguh berdiri , tidak terusik mahupun goyah walau dilanda  taufan haiyan . Buat bakal pemimpin istana impian , soleh itu ialah keseluruhan iman dan akhlak maka peluklah dam milikinya agar nanti istana yang dibina dapat ditadbir dengan baik . Dan aku akan setia menjadi permaisurinya , menjaga bakal putera dan puteri kita agar menjadi insan berguna untuk menyambung taktha kedua orang tuanya dan menjadi waris yang sentiasa mendoakan kita agar mendapat istana yang abadi di sana kelak . Dan akhir aku berharap dalam menghitung saat saat yng bakal mendatang  segala kesulitan dipermudahkan , kekeliruan dileraikan , diberi kesabaran utk terus bertahan dan kekuatan utk terus berjuang. Aku berharap agar engkau takkan patah dalam berjuang untuk segera menghalalkan aku untuk dirimu . Dan begitu juga ingatlah bahawa aku adalah insan yang sedang mendoakan mu supaya setiap langkah yang kau atur dipermudahkan agar engkau segara jadi yang halal untuk diriku . Moga kasih , sayang dan cinta ini sampai syurga hendaknya .


Sekian ,
Moga engkau
Melihat aku dengan mata,
Mendengar aku dengan telinga ,
Memahami aku dengan jiwa ,
Agar kau dapat  menyayangi aku dengan  sempurna .



Thursday, 9 October 2014

Kau aku .

Assalamualaikum :)

Dan aku disini ingin mencoret sebuah kenangan , kenangan yang terindah dan takkan mungkin dapat aku zahirkan dalam apa jua jenis bentuk . Aku mohon wahai pembenci setia , pergi . Aku janji kau akan mual , cirit birit, pening kepala dan murung berpanjangan kalau terus nekad utk baca dan scroll down page ni .

Dan aku disini , hanya ingin menzahirkan apa yang aku rasa .
Sesuatu yang aku tak mampu ungkap .
Khas buat kau , empunya hati .

Dua yang lalu ,
Tanpa sengaja aku mengenalimu . Awalnya , aku tak pernah sangka kau akan jadi salah satu watak dalam kembara kisah ini . Seperti mereka , kau dan aku kita bermula sebagai teman . Teman yang saling menjaga satu sama lain . Sungguh , sehingga kini kini aku masih tak punya jawapan buatmu tentang kenapa , bagaimana dan mengapa aku menyayangimu . Insan yang tak pernah aku kenal, tak pernah aku temui dan insan yang hanya aku hanya kenal pada nama . Apa yang aku tahu , kau lelaki yang sangat menyenangkan dan menenangkan . Dan demi tuhan , aku tk pernah memilih untuk menyayangimu mungkin ini takdir yang tertulis aku , menyayangi lelaki yang aku tak pernah kenal siapa dan apa pun dia .


    Dan , persahabatan kita yang kian erat buat aku salah mengerti . Aku fikir kau rasa perasaan yang sama seperti apa yang aku rasa. Aku biar diri terus dibuai perasaan itu , dengan harapan kau juga dibuai dengan rasa yang sama . Tapi , aku silap rupanya aku salah mengerti . Kau pergi tanpa alasan , pergi ketika aku benar benar ingin kau ada disini .Awalnya , takdir aku persalahkan . Aku persoalankan kenapa kita dipertemukan , lahir perasaan ini dan dalam masa yang singkat kau pergi . Selepas kau pergi , aku sedar aku kehilangan sesuatu yng aku gelar "kehidupan" . Ketika kau datang , kau beri aku satu "kehidupan" dan ketika kau pergi aku mula sedar kau membawa pergi bersama "hidup" ini. Dan aku mula sedar , kau bukan yang pertama tetapi kau lelaki yang pertama buat hidup aku terkesan .


  Walau aku mati berulang kali , aku masih menanti . Walau aku sedar aku sendiri tak pasti tentang akhir penantian ini . Aku buntu setiap kali memikirkan khilaf yang aku lakukan . Pergimu terus menjadi tanda tanya , namun setia ini masih teguh disini dan terus menanti . Aku kumpul rindu dalam setiap himpun doa-doa ku dengan harapan agar tuhan degupkan hatimu supaya kau tahu aku sedang rindu , aku hapus airmata dan ketawa di siang hari dengan harapan moga tiada siapa sedar aku sedang mati perlahan lahan . Dan demi tuhan aku tak kuat , tapi kerana tuhan aku harus kuat . Aku bangkit , aku iklaskan segala galanya walau hakikatnya aku masih belum mampu berhenti menyayangimu . Aku berani hapus rasa sakit dan benci namun aku tak mampu hapus rasa sayang ini . Dan semakin hari kian mekar walau hakikatnya kau tiada lagi disini . Jendela hati aku tutup rapat dan moga hidup ini terus berjalan dibawa arus masa tanpa perlu ada dia , penggantimu.


9 September , kau kembali .
    Kau mulakan perbualan . Dan aku jadi kaku . Cerita lama yg aku cuba hapus kau bangkitkan kembali . Sungguh kau kuat , kau tinggalkan aku ketika kau sedang bermati matian bina hidup yang kau perjuangkan selama ini , kau pergi demi membiar aku memilih apa yang terbaik untuk aku tanpa perlu bawa aku dan karam bersama .  Kini kau kembali , setelah badai yang kau takutkan berakhir . Biar lah badai yang berlalu hanya kita yang tahu . Mungkin tuhan dengar doa doa aku walau aku masih lalai dalam menginggatinya . Tuhan beri aku peluang sekali lagi untuk hidup bersama dia . Kita mula sekali lagi , mula belajar menghargai , memahami dan menyayangi . Kau dan aku berjanji , Februari akan datang , kita pasti akan bertemu .


 8 & 9 Oktober
 Sungguh , apa kita hanya mampu merancang . Dengan izin tuhan , semalam kita dipertemukan buat kali pertama . "Andai dia kau tak selesa dengan dia , dan dia rasa perkara yang sama . Kau kena bersedia dengan apa pun kemungkinan miaa - NIN " dan ini perkara yg paling aku takut , apa mungkin aku akan "mati" untuk kali kedua ? dan sungguh kenyataan itu menakutkan dan menyakitkan . Aku beranikan diri untuk jumpa , bkn kerana aku berani tetapi kerana aku terlalu takut . "Dan ketika kau takutkan sesuatu perkara , perkara tersebut yang pertama kau perlu hadapinya" .



    Janji temu pertama yang agak janggal . Aku lewat , aku alihkan pandangan ke tempat lain setiap kali dia cuba bina perbualan untuk memecahkan tembok sepi yang aku bina . Dia sabar , dia terus senyum terus ketawa dan aku sedar dia sedang saksikan betapa berserabutnya aku . Tapi aku tak peduli , dia perlu kenal siapa aku dan bagaimana aku.  Aku rasa aku perlu jadi diri aku dan aku biar dia terus saksikan betapa teruknya aku. Setiap kali aku cuba bina zon selesa , dia buat aku hilang dengan senyumman dia . Aku lagi tak keruan bila dia luahkan perasaan dia . Seolah-olah aku rasa itu bukan dia . Dia yang aku kenal , lelaki yg sukar luahkan apa dia rasa ,  buffering all time dan tak pernah semanis lelaki lain . Tapi itulah dia lelaki yang aku inginkan .



      Janji 7 tahun lagi , aku tak pasti samaada aku akan terus dan masih ada disini . Tapi aku janji aku akan setia , kepercayaan ini takkan terkhianat .  Andai takdir kau dan aku , 7 tahun lagi pasti bukan lagi mimpi . Tapi andai kau bkn utk aku , aku pasrah . Moga tuhan menulis dia yang terbaik buatmu . Aku mungkin tak mampu membahgiakan kau selalu , tapi aku janji aku akan ada disaat kau perlukan aku . Mungkin aku tak mampu jadi seperti kau mahu , tapi aku janji aku akan jadi insan yang kau akan ingat sampai bila-2 . Aku tak janji kau takkan terluka , tapi aku akan pastikan aku penyembuh segala luka .Aku hanya mampu berharap moga tuhan mampu jagakan kau untuk aku disana . Mungkin kau bkn yg pertama , tapi kau pengalaman terbaik yang aku pernah ada . Terima kasih sebab menghidupkan aku . Moga suatu hari nanti andai aku bukan untuk kau lagi, aku harap kau akan terus ingat tentang cinta yang takkan pernah hilang, kasih yang tak pernah putus , sayang yang tak pernah habis. Terima kasih beri aku peluang sekali lagi untuk berlabuh lagi dalam hidupmu , terima kasih untuk janji temu yang indah ini . Semoga esok dan seterusnya aku masih menjadi insan yang kau perlukan .



Salam sayang,
Miaa